Meet Our Baby.

Assalamualaikum..

Harini nak taip entry pasal baby. Kami da ada "baby". Yeay ! Baby kami lahir 25 Mac 2014, masih baru masih dalam pantang tapi baby da travel paling jauh ke Johor. Tinggal mummy plak tu, sedih tahu ! Eh bila masa kawen tetiba ada baby kan ? haha. 

meet our baby.....

Our baby sangat la kan, padahal kereta encik buah hati. aku ni tumpang sahaja, dah la tak de lesenkan so nak xnak kita duduk di seat penumpang sahajalah ye :P

Apapun baby, mummy dah sediakan wishlist supaya daddy bawak mummy jenjalan. Haha. sejak ada baby ni serupa mummy daddy dah. Padahal ni baru baby MyVi SE, belum baby izara. eh! suka sangat aku ni ber- eh eh. haha. nway congrats syg sebab dapat beli baby ni hasil titik peluh sendiri, ye la keje site mmg sayang aku selalu berpeluh. aku lain, keje dalam aircond. sejuk! haha

So ini wishlist mummy, setakat ni da ke Melaka. tapi gambar ke melaka di sabotaj teruk oleh adik shedameor. hahaha. tak de rezeki, suh p lagi bergambar kat melaka kot kan. tak pe la, bukan sengaja bagi hilang kan :)

Ok itu sahaja untuk kali ini, so sebelum berpisah untuk entry kali ni. aku belanja gambar dalam kereta baru. al-kisah si pakwe yg suka bebel tapi gua tak layan--

Bye~

Al-Fatihah, Abah in Memory.

Assalamualaikum..


dan sebelum jari ini laju berlari menekan huruf-huruf di keyboard, ketahuilah bahawa saat ini airmata aku laju jatuh bagikan air hujan. hmmmm

Tak pernah terbayang, tak pernah terfikir aku akan kehilangan salah satu kesayangan aku. 

3 November 1956 - 7 Februari 2014. 
Al-Fatihah untuk arwah abah kesayangan. :'(

Sungguh aku merasa semuanya bagaikan mimpi, semuanya berlaku dalam sekelip mata. sungguh aku langsung tak mjangkakan ini akan berlaku. sungguh aku tahu bila Allah sudah nyatakan kunfayakun maka tiada 1 makhluk pun dapat menghalangnya. Allah jauh lebih sayangkan arwah dari kami. 

Kehilangan arwah hanya bermula dengan 1 kejadian biasa. berlakunya kemalangan kecil antara 2 biji motor, dan sampai sekarang tak tahu salah siapa, siapa yang langgar siapa sebab tak de saksi di saat itu. Seperti yg ramai sedia maklum (yg kenal arwah) , abah ni tak pernah bawa moto ke kereta laju sebab pnglihatan belah kanan dia kurang jelas. 

Masa kemalangan tu abah xde pun cedera teruk, cuma muka bengkak sebelah. Dalaman doktor kata ok, dan abah masuk hospital dalam 5hari (kalo xsilap la, lupa) . dah keluar nampak abah alhamdulillah beransur pulih, tapi da sampai AJAL. hmmm. TAKDIR. beberapa hari je balik rumah Allah da jemput abah kembali :"(

23 tahun aku dengan abah, tapi aku belum rasakan kasih sayang yang cukup dari arwah. dan takkan pernah cukup sampai bila-bila, dan sampai bila-bila arwah tetap akan di ingati. sungguh aku bersyukur kerana Allah pinjamkan arwah sebagai abah yang cukup sempurna bagi aku. Abah mendidik tak pernah kami anak-anak kena rotan. Syukur. abah dah bagi didikan, pendidikan yg dah cukup sempurna tapi kalau ada yang buruk tu dari diri sendiri, bukan salah arwah tak pandai mendidik. 

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. nasi da jadi bubur. 
Pasrah, Redha, Menyerah, Tabah, Ikhlas.

sedikit terkilan sebenarnya sebab aku xsempat minta maaf dengan arwah, sedikit kekesalan sebab aku selalu jadi anak yang degil. Tapi lepas abah pergi aku dapat mimpi abah cakap maafkan anak-anak. Allahu :'(

Hati ini rindu, sangat rindu, sungguh rindu. tak ada perkataan mampu di ungkap. tak ada !
Semoga Arwah abah di tempatkan dalam golongan orang yang beriman. 
Al-Fatihah. 



Jiwa Kurang Kental.

Assalamualaikum....


Oh hai, ada ke yang singgah blog baru ni ? dengan tak ber hupdate nya. siyes tak de masa dan jiwa untuk blogging macam hilang sejak blog lama izara4eva.com da di delete. Well, delete atas sebab ada yg mnabur fitnah.


masa tu jiwa aku tak kental, so dengan berat hati aku delete jugak blog tu. takpe, biar dia nk bagi aku pahala free. :)

so harini update sebab ada yg btanya ke mane mghilang ? 
terharunya ada yang rindu!! sebab tu blog baru ni tukar jadi link blog lama balik, walaupun ceritanya dan rupanya xsama mcm dulu. Redha~

dan blog ni serius simple, sebab da hilang minat nk mgedit blog. jauh lari dari blog dulu kan ? heee, sapa rajin nak edit kan free bgtaw la. itee terima ngn hati tbuka. kahkah.

dan terima kasih kepada yang masih ingat dan rindu blog IZARA4EVA. tq :))